Percutian Melaka Disember 2015

Percutian kami ke Melaka pada 20 hingga 23 Disember 2015 lepas memberi banyak pengalaman baru. Ini kali pertama percutian beramai-ramai ...


Percutian kami ke Melaka pada 20 hingga 23 Disember 2015 lepas memberi banyak pengalaman baru. Ini kali pertama percutian beramai-ramai ke Melaka seramai 14 orang (8 dewasa & 6 kanak-kanak).

Berikut merupakan catatan percutian kami, semoga dengan perkongsian ini boleh dijadikan sebagai salah satu bahan review kepada sesiapa yang merancang untuk bercuti di sana.

Info yang disediakan dibawah semoga membantu anda untuk buat perancangan awal sebelum bercuti di Melaka. Apabila disana nanti anda boleh jimatkan masa tanpa perlu tercari-cari perkhidmatan yang diperlukan. Masa cuti adalah singkat, jangan bazirkan masa.

Untuk melihat gambar ketika percutian boleh lihat kemaskini saya di laman berikut:

Instagram: @afzallaidin


Pemilihan Tempat Tinggal
Terdapat pelbagai platform boleh digunakan untuk mencari tempat penginapan seperti Agoda, Bookings, Airbnb, Mudah, dan lain-lain lagi.
Kami menggunakan Google Map untuk mencari tempat penginapan kerana pengusaha homestay sekarang sudah "pin" kan lokasi di Google Map. Dengan melihat di Google Map, lebih mudah untuk mengetahui keadaan persekitaran dengan menggunakan "satellite view".




Perancangan Aktiviti Semasa Percutian
Kami menggunakan aplikasi Travefy untuk merancang aktiviti-aktiviti semasa bercuti. Boleh diakses dengan menggunakan smartphone dan juga laman web (Travefy).
Contoh ringkasan itinerary dari Travefy:



Selain itu aplikasi Travefy juga boleh memberi idea ataupun aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan nanti. 



Hari Pertama - 20 December 2015

0800 - Bertolak dari rumah (Kedah)
1400 - Tiba di MITC, makan di Pak Din Ikan Bakar
1500 - Check-In di Anugerah Homestay
1930 - Bertolak ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
1955 - Tiba di medan ikan bakar. Tempat parking agak jauh dari restoran kerana kami sampai agak lambat. Tapi nasib baik ada orang yang tolong guide untuk parking, kalau tidak tentulah parking tak tersusun. 
Ini kali pertama sampai di sini, rupanya kena beratur untuk dapatkan meja kerana orang terlampau ramai. 




2015 - Selepas dapat tempat duduk (nombor meja) baru lah boleh memesan makanan. Sekali lagi kena beratur. 



Selepas memilih ikan, sotong, dan kerang, barulah boleh tambah order untuk otak-otak. Mereka akan hantar ke meja. Memang terbaik otak-otak di sini.



2045 - Makanan disediakan. Tidak ada gambar sebab terlalu lapar, dan anak-anak dah tak sabar nak makan. Untuk yang pertama kali ke Melaka, kebiasaannya seafood akan dimakan dengan nasi lemak.

2120 - Buat pembayaran dikaunter dan bertolak pulang ke homestay. Anak-anak pun dah terlalu letih, selepas perjalanan dari Kulim ke Melaka yang sangat jauh.

Medan Ikan Bakar Sungai Duyung:


Hari Ke-2 - 20 December 2015
Pada awal pagi kami membeli roti canai di restoran Subaidah, hanya 2 minit dari homestay. Kami sampai ke restoran dalam pukul 0800, masih tak banyak menu yang disediakan. Hanya ada roti canai, dan makanan bergoreng seperti maggi goreng, bihun goreng, dan mee goreng.



0930 - Bertolak ke Zoo Melaka. 



Kami cadangkan jika ingin melawat Zoo Melaka, Pergi seawal yang boleh, dalam pukul 0900 - 1000. Terutamanya jika pergi dengan keluarga yang besar dan ramai anak-anak kecil.


  1. Tempat parking yang berhampiran dengan pintu masuk ke Zoo.
  2. Ada masa lebih kurang 1 jam sebelum pertunjukkan burung-burung (Bird Show) pada pukul 1100. So, bolehlah melawat mini safari yang akan mengambil masa dalam 20 minit. 
  3. Tidak perlu bersesak-sesak dengan pengunjung yang lain terutamanya pada musim cuti sekolah.
Pada awal pagi biasanya haiwan-haiwan akan diberi makan, dan ini memberi pengalaman yang seronok padak kanak-kanak. Jika berkesempatan boleh juga memberi haiwan makan.



Melawat mini safari juga seronok kerana haiwan-haiwan tidak diletakkan berasingan dan bebas bercampur.







1230 - Bertolak pulang ke homestay, dan membeli makanan tengah hari di Restoran Malim Ikan bakar. Pada mulanya kami berhajat untuk makan di kedai, tetapi tidak ada meja yang boleh memuatkan 12 orang. Restoran ini sememangnya popular, jadi tak hairanlah kalau penuh.

Kami menggunakan aplikasi "Makan Jom" untuk mencari tempat makan yang berhampiran dan mendapat review/rating yang tinggi supaya tidak mengecewakan.



1530 - Bertolak ke Pantai Klebang. Kami menggunakan "Waze" dan mengambil masa dalam 30 minit untuk tiba di Klebang. 

Antara tempat yang boleh dilawati adalah Museum Kapal Selam. Dari luar kapal selam ni nampak besar, tapi ruang di dalam agak sempit dan susah untuk bergerak jika ramai pengunjung. Namun ini adalah peluang untuk masuk ke dalam Kapal Selam yang sebenar.

Bayaran: Deasa RM 3, Kanak-kanak RM 1
Address: Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Malacca, Malaysia
Info Lanjut: Muzium Kapal Selam








Selepas melawat kapal selam kami ke gerai makan berhampiran dengan pantai Klebang. Kebanyakkan gerai pasti ada menyediakan Coconut Milk Shake. Antara yang istimewa di sini adalah makan didalam bas yang ditukarkan kepada gerai. Malah dapur memasak pun di dalam bas-bas lama itu. Antara menu yang sedap disini adalh keropok lekor. Walaupun tidak setanding dengan keropok lekor Terengganu, famili kami order 3 piring keropok lekor dengan jumlah 60 keping. 



Selepas makan petang, kami teruskan aktiviti di Pantai Klebang. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini:

  • Bermain layang-layang - anak-anak lah yang paling seronok
  • Horse riding - RM15 untuk satu orang, dalam 10 minit.




1845 - Bertolak pulang ke homestay. Anak-anak pun sudah puas bermain dan kami juga ingin berehat. 

Hari Ke-3 - 20 December 2015

0900 - Bertolak ke Bayou Lagoon waterpark. Hanya 15 minit dari homestay. Kami hanya menghantar anak sulung dan kedua ke waterpark bersama Tok dan Wan. Kami membawa anak bongsu ke kilinik kanak-kanak kerana Emma terkena demam campak. Doktor memberi ubat demam dan ubat sapu bagi hilangkan kegatalan (Calamine lotion).

1200 - Kami kembali ke Bayou Lagoon dan bertolak mencari tempat makan tengah hari. Kami menggunakan aplikasi "Makan Jom" dan memilih untuk pergi ke Restoran Infasha kerana hanya 5 minit dari Bayou Lagoon. 

1500 - Bertolak ke Dataran Pahlawan. Kami tiba di Dataran Pahlawan dalam pukul 1530. Walaupun hari bekerja, tetap penuh dengan pengunjung. Alhamdulillah, dalam 5 minit kami dapat tempat parking yang strategik, terletak berhampiran dengan Menara Taming Sari. 

Makan cendol di sini seperti suatu kemestian kepada pelancong. Kena beratur juga untuk dapat tempat duduk. 



Pemandangan di tepi gerai ini adalah deretan kedai di Jonker street. 



Selepas menikmati cendol, kami ke River Cruise. Anak-anak lah yang paling seronok bila boleh menaiki bot.




Ecodrive ini adalah tarikan terkini di sekitar Menara Taming Sari selain daripada beca. Harga untuk Ecodrive adalah RM20 / 15 minit tetapi kami sangat bernasib baik kerana dapat menggunakan sehingga 35 minit. 





Hari Ke-4 - 20 December 2015

Tidak ada aktiviti yang kami lakukan pada hari terakhir di sini. Hanya mengemas barang dan bersedia untuk checkout dari homestay pada pukul 1200. Kami bertolak ke Kuala Lumpur dan sambung bercuti di sana.


COMMENTS

Name

Discover Famili Kedah Kellie's Castle Lifestyle Lost Wolrd of Tambun Menara Condong Muzium Taiping New Year Perak Percutian Personal Challenge Running Tahun Baru Zoo Taiping
false
ltr
item
Blog Afzal Laidin: Percutian Melaka Disember 2015
Percutian Melaka Disember 2015
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS5Z1ZfOLX8_BxdHCUTBzKER-ZxZmjkVYMgN8x_5PIcModwF-6r-36CUbfhFLiezYtBewIqsejBmiXKEnQT2Ure1R0UMcEDi3vWrb3tofmIfFfZDDHN6dSv19iI4iN-MlsHkRHLqOYyq5T/s640/IMG_9826.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS5Z1ZfOLX8_BxdHCUTBzKER-ZxZmjkVYMgN8x_5PIcModwF-6r-36CUbfhFLiezYtBewIqsejBmiXKEnQT2Ure1R0UMcEDi3vWrb3tofmIfFfZDDHN6dSv19iI4iN-MlsHkRHLqOYyq5T/s72-c/IMG_9826.JPG
Blog Afzal Laidin
http://blogafzallaidin.blogspot.com/2015/12/percutian-melaka-disember-2015.html
http://blogafzallaidin.blogspot.com/
http://blogafzallaidin.blogspot.com/
http://blogafzallaidin.blogspot.com/2015/12/percutian-melaka-disember-2015.html
true
3635761779282459802
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy