Abah dah pencen bulan 9 tahun lepas selepas berkhidmat puluhan tahun di Kementerian Kesihatan sebagai Juruteknologi Tabung Darah. Abah me...
Abah dah pencen bulan 9 tahun lepas selepas berkhidmat puluhan tahun di Kementerian Kesihatan sebagai Juruteknologi Tabung Darah. Abah memang pandai "ambil" darah, lansung tidak meninggalkan kesan dan tak sakit pun.
Tapi, Mak bising sebab Abah sekarang lagi sibuk dari sebelum pencen. Sejak 20 tahun dulu Abah selalu luangkan masa di kampung mengusahakan tanahnya sedikit demi sedikit. Sekarang Abah dah ada 3 kolam ikan, kandang lembu, kambing dan juga itik telur.
Minggu lepas, sempat kami sekeluarga pulang ke kampung dan pergi ke kolam ikan Abah. Seronok Abah melihat gelagat cucu-cucu yang seperti rusa masuk kampung.