Discover Perak - Percutian 4 hari 3 malam

Percutian ke negeri Perak selama 4 hari 3 malam sangat menghiburkan, penuh informasi, dan memberi pengalaman yang sangat bermakna. Bia...


Percutian ke negeri Perak selama 4 hari 3 malam sangat menghiburkan, penuh informasi, dan memberi pengalaman yang sangat bermakna. Biasanya kami hanya melalui highway PLUS yang merentasi Perak, namun kali ini kami buat keputusan untuk menggunakan jalan raya negeri / jalan "bawah".

Berikut adalah catatan percutian kami, semoga perkongsian ini boleh dijadikan salah satu bahan review untuk sesiapa yang ingin bercuti ke negeri Perak.

Hari Pertama (Jumaat)

Kulim > Taiping
Kami bertolak pukul 7.30 pagi, melalui jalan Kubu Gajah ke Taiping. Tiba di Zoo Taiping pada pukul 9 pagi.
Parking : RM 3
Entrance Fee: RM 51

Kami keluar dari Zoo Taiping dan check-in di Tune Hotel. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Kami ke Gulai Sembilang, Assam Kumbang untuk makan tengah hari. Perjalan dari tune hotel hanya mengambil masa 5 minit.


Pasa sebelah petang kami ke Sritzer Ecopark, disinilah company yang buat air mineral tu beroperasi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah:

  • Melawat kilang spritzer (4 ptg)
  • Mini Golg Course 18 lubang, sesuai untuk aktiviti famili. Entrance fee RM32 untuk satu famili (4 kayu golf dan 4 bola golf).
  • Beli air mineral dengan harga yang murah.
  • Melawat dan tangkap gambar di Catus Rock (dipercayai berusia ratusan juta tahun).




Hari Ke-2 (Sabtu)
Taiping > Teluk Intan > Batu Gajah > Ipoh
Kami memulakan perjalanan dari Taiping pada pukul 8 pagi, dan singgah breakfast di Gerai Nasi Lemak Muhibbah. Selepas menikmati sarapan pagi (Nasi Lemak Ayam, Nasi Lemak Biasa, Mee Goreng, Teh Ais, Teh O Ais: RM13.5) kami memulakan perjalanan ke Teluk Intan.

Kami tiba di Teluk Intan pada pukul 10.40 pagi. Pada waktu ini dah ada ramai orang yang datang ke Menara Condong Teluk Intan. Kami meluangkan masa selama satu jam, dan singgah minum di food court yang berhampiran.

Kami meneruskan perjalanan ke Batu Gajah untuk melawat Kellie's Castle. Bertolak dari Teluk Intan dalam pukul 1150 pagi dan tiba di Kellie's Castle pada pukul 1 tengah hari.


Kami bertolak ke Ipoh pada pukul 2.30 petang dan tiba di S Boutique Hotel pada pukul 3 petang. Proses check-in sangat lancar, dan kami berehat sehingga pukul 4.00 petang sebelum aktiviti untuk waktu petang.
Pada sebelah petang kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang, hanya mengambil masa 12 minit dari S Boutique Hotel. Tiket untuk menaiki bot hanya RM15 untuk 5 orang, tetapi terpaksa beratur selama 1 jam. Mungkin kerana hari cuti umum, ramai orang mengambil peluang untuk melakukan aktiviti di luar rumah.


Selepas penat beratur dan berjalan sekitar Gunung Lang, kami singgah membeli makanan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh. Nasi Lemak kat sini memang sedap, harus mengambil set ayam kampung. Harga untuk 4 set Nasi Lemak Ayam Kampung, 1 set Nasi Lemak Sambal Sotong, dan 8 keping otak-otak adalah RM48.5.

Hari Ke-3 (Ahad)
Ipoh > Tambun > Sungai Siput

Aktiviti hari ke 3 hanya di Lost World of Tambun. Aktiviti yang paling disukai anak-anak. Tiket untuk LWoT berharga RM50++ untuk dewasa dan 45++ untuk kanak-kanak. Untuk dapat diskaun 10%, boleh guna kad Mesra Petronas ataupun beli online. Beli online lebih mudah kerana ada kaunter khas untu dapatkan tiket. Tak perlu beratur panjang.
Kami tiba di LWoT pada pukul 9.15, masih banyak parking yang kosong dan berhampiran dengan pintu masuk. LWoT buka pada pukul 10.00 pagi, jadi kami menggunakan masa yang ada dengan window shopping di kedai cenderahati.

Kami luangkan masa di LWoT selama 8 jam.
Masuk: 10.00 pagi
Keluar: 6.00 petang

Rizal dan famili join kami di LWoT, mereka bertolak dari Kulim pada pagi Ahad dan join kami dalam pukul 11.00 pagi.

Petting Zoo di LWoT sangat-sangat berbaloi untuk dilawati. Kita boleh sentuh, pegang haiwan-haiwan yang ada. Aktiviti "Feeding Animal" merupakan aktiviti paling serono terutamanya bagi anak-anak, mereka diberi peluang untuk memberi makan kepada haiwan seperti raccoon. Aktiviti kemuncak ialah pada pukul 3.00 petang iaitu Feeding Tiger. Untuk dapatkan tempat duduk di grand stand, kena datang awal 30 minit ke tiger village. Aktiviti lain sudah pasti mandi manda di kolam air.

Kami mengambil spot berhampiran dengan Kukuntalu Hawkers, so senang untuk anak-anak berehat dan membeli makan sebelum sambung main air. Makanan agak mahal, tapi rasa makanan sedap dan tidak mengecewakan.



Dari LWoT kami bertolah ke MH Hotel yang terletak di Sungai Siput, mengambil masa 30 minit perjalanan. Woop2Lobster terltak berhampiran dengan MH Hotel, hanya berjalan kaki. Kami makan malam di Woop2Lobster.

Hari Ke-4 (Isnin)
Sungai Siput > Kuala Kangsar > Taiping > Kulim

Kami breakfast di MH Cafe, yang terletak di tepi lobby MH Hotel. Harga sangat berpatutan, macam makan di warung sahaja.
Kami bertolak ke Kuala Kangsar pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Kuala Kangsar pada pukul 9.30 pagi.Tempat yang boleh dilawati di Kuala Kangsar:

  1. Masjid Ubudiah - binaan kubah yang banyak sungguh cantik
  2. Istana Kenangan, terletak di hujung Jalan Istana. Hanya boleh ambil gambar di luar sahaja.
  3. Galeri Sultan Azlan Shah. Entrance Fee RM3. Pelbagai barang semasa zaman Sultan Azlan Shah dipamerkan di sini. Taman di luar galeri dijaga dengan rapi, cantik dengan hiasan pelbagai bunga.

Kami ke Laksa Pak Ngah untuk makan, hanya 5 minit perjalanan dari Galeri Sultan Azlan Shah. Menu yang sedap di sini semestinya laksa dan juga mee rebus.

Selepas menjamu selera kami bertolak ke Taiping untuk melawat Muzium Taiping sebelum pulang ke Kulim.






COMMENTS

Name

Discover Famili Kedah Kellie's Castle Lifestyle Lost Wolrd of Tambun Menara Condong Muzium Taiping New Year Perak Percutian Personal Challenge Running Tahun Baru Zoo Taiping
false
ltr
item
Blog Afzal Laidin: Discover Perak - Percutian 4 hari 3 malam
Discover Perak - Percutian 4 hari 3 malam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiUoi-2uS-uymyGZode0CilpNjtWbx9wYpJ8ZNwgZNrfzNXKhNCOBEYMfvg6f6pPtutz1uUYALB44IjgccO8cHkciqJg7HldEKIlh2HXlpya2zuM_dF04NmUe9Grh2kCRcGVzg2PmX9MTQ/s640/IMG_4881.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiUoi-2uS-uymyGZode0CilpNjtWbx9wYpJ8ZNwgZNrfzNXKhNCOBEYMfvg6f6pPtutz1uUYALB44IjgccO8cHkciqJg7HldEKIlh2HXlpya2zuM_dF04NmUe9Grh2kCRcGVzg2PmX9MTQ/s72-c/IMG_4881.JPG
Blog Afzal Laidin
http://blogafzallaidin.blogspot.com/2016/11/discover-perak-percutian-4-hari-3-malam.html
http://blogafzallaidin.blogspot.com/
http://blogafzallaidin.blogspot.com/
http://blogafzallaidin.blogspot.com/2016/11/discover-perak-percutian-4-hari-3-malam.html
true
3635761779282459802
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy