Perjalanan ke Pantai Merdeka dari Sungai Petani mengambil masa dalam 45 minit. Medan selera di Pantai Merdeka menawarkan menu makanan ...
Perjalanan ke Pantai Merdeka dari Sungai Petani mengambil masa dalam 45 minit.
Medan selera di Pantai Merdeka menawarkan menu makanan seperti mee udang, aneka nasi goreng, dan antara yang popular adalah ABC.
ABC di sini berharga RM 5 (January 2016) dan boleh dikongsi 2 orang dewasa.
Pantai Merdeka mempunyai tapak permainan yang luas untuk kanak-kanak. Menurut rakan, jika datang pada hari bekerja, ia tidak meriah seperti hujung minggu.
Anak-anak sangat serono bermain belon air. Ada beberapa peniaga menjual pelbagai variasi belon air seperti pistol belon (RM10), kayu belon kecil (RM 6) dan kayu belon besar (RM10). Kayu belon kecil sudah memadai untuk anak-anak yang berusia sembilan tahun ke bawah. Aktiviti lain yang boleh dibuat disini seperti bermain layang-layang (RM10) ataupun bermain kasut roda (RM5 untuk sewa selama 30 minit).
Selain medan selera, terdapat pelbagai gerai yang menjual makan ringan seperti kacang, keropok, satay ikan, dan cenderamata.